Otak ‘Tepu’, Rasa Tak Berkembang, Ini 6 Sebab Pentingnya ‘Off Day’ Untuk Surirumah

“Gayah, kau free tak weekend ni? Jomlah keluar jalan-jalan. Kita pergi berdua je. Jomlah jomlah!”
Bila dah kahwin dan dah ada anak, rasanya jaranglah kita nak keluar dengan kawan-kawan macam dulu lagi. Nak pergi bercuti tanpa anak-anak dan suami? Lagilah tak pernah terfikir dek akal!
Tapi tahukah anda, seorang surirumah tetap perlukan ‘off day’ sekali-sekala. Malah, ‘momcation’ atau percutian khas bagi kaum ibu adalah disarankan oleh ahli psikologi. Dr. Nava Silton. Dalam sebuah artikel, beliau menekankan bahawa percutian atau sekurang-kurangnya ‘off day’ bukan saja penting untuk si ibu, tetapi ia membawa manfaat kepada seluruh keluarga!

6 SEBAB PENTINGNYA ‘OFF DAY’ UNTUK SURIRUMAH

1. SURIRUMAH. SANGAT. LETIH

Kalau dah namanya ibu, minda mereka memang tak pernah lekang daripada anak-anak selagi mereka berada di sisi. Orang lain kerja, kita pun kerja. Tapi bila orang lain cuti, kita lagi banyak kerja!
Rutin seorang surirumah nampak mudah, tapi sebenarnya mereka tak pernah berhenti bekerja. Siang dan malam mencukupkan keperluan suami dan anak-anak.
Masyarakat selalu menganggap kerja sebagai surirumah remeh dan boleh buat macam-macam di rumah. Hakikatnya, ibulah yang paling tiada masa untuk diri sendiri kerana 24 jam di rumah.
Sebab itulah perlunya mereka untuk mengambil angin dan rehatkan jiwa. ‘Off day’ dapat memberi ibu ruang untuk menenangkan minda tanpa perlu memikirkan keadaan di rumah untuk seketika.
kelebihan ibu
Foto Kredit: magicmum.com

2. PELUANG ANAK ‘BONDING’ DENGAN AYAH

Bila ibu tiada di rumah, tentunya kebiasaan dalam sesebuah keluarga mula berubah. Yalah, selama ini asyik ibu saja yang uruskan semuanya. Buat sementara waktu, bagilah peluang orang lain menggalas tugas tersebut. Ia dapat melatih anak-anak untuk bekerjasama sesama sendiri dan menjadi lebih berdikari.
Ayah pula dapat peluang untuk ‘bonding’ dengan anak dan menunjukkan bakat mengurus rumah. Anak-anak pasti terkejut dengan kebolehan ayah untuk memasak untuk mereka. Tentu banyak pengalaman baru dan memori yang takkan dilupakan!
peranan bapa
Foto Kredit: gettyimages.com

3. ABSENCE MAKES THE HEART GROW FONDER

Memang betul pepatah Inggeris ini. Ada satu tahap tu, mungkin ada yang pernah rasa nak lari sekejap dari rumah sebab tak tahan dengan stres. Biasanya ibu hanya bersabar dan sekadar tutup sebelah mata saja. Tapi kalau dah menghadap terlalu lama, boleh murung juga.
‘Off day’ ini penting untuk kita redakan stres dan reset semula diri kita, bukanlah untuk lupakan terus hal keluarga di rumah.
Ada masanya kita perlu memberi ruang pada diri sendiri serta dan pada masa yang sama hargai keluarga kecil kita. Bila berjauhan barulah mula rasa rindu walaupun bermacam ragam mereka!

4. AHLI KELUARGA AKAN LEBIH MENGHARGAI

Anak-anak dan suami mungkin mengambil mudah peranan ibu di rumah tanpa disedari.
Bila ditegur, mereka cakap kita membebel. Apa yang kita nasihat, dibuat tak peduli. Kerja surirumah dipandang enteng sampai membuatkan kita sedih. Kadang tu, emosi sangat sampai rasa macam orang gaji pula.
Apa salahnya seminggu sekali para suami membenarkan isteri untuk dapatkan ‘me time’. Barulah suami dan anak-anak lebih menghargai penat lelah ibu yang seharian menguruskan mereka.

5. MENGEMBALIKAN IDENTITI DIRI

Ibu yang asyik terperap di rumah kadangkala boleh hilang ‘sense of time’. Hari demi hari berlalu sampai tak perasan apa yang berlaku di luar. Tak pernah ada hobi, tak ada masa nak berborak dengan rakan.
Bila dah berjauhan dan bersosial dengan rakan, kita sebenarnya dapat memandang sesuatu dari sudut yang berbeza. Itulah pentingnya adult conversation yang jarang kita dapat sebab kebanyakan masa hanya berada di rumah dengan anak-anak. Yalah, nak bercakap dengan suami, dia balik kerja pun dah penat dan hanya nak berehat.
Foto Kredit: shutterstock.com

6. REFRESH MINDA

24 jam sehari, 7 hari seminggu surirumah terperap di rumah. Suasana yang sama, rutin yang sama. Tentulah rasa ‘tepu’ dan ‘tak berkembang’ otak kita ni kan? Sebab itulah ramai surirumah sekarang mudah depresi.
Beruntung betul para suami yang betul-betul faham dengan keadaan isteri yang perlu masa berehat sekali-sekala. Walaupun rasa bersalah masih ada kerana tinggalkan anak, namun ibu juga perlu dapatkan ketenangan fikiran dan regangkan kembali segala urat dan otot badan yang semakin berusia ni. Bila badan asyik sakit-sakit, emosi pun tak stabil. Tak adalah rasa nak marah je nanti!
Foto Kredit: shutterstock.com

BUKAN NAK ‘DEMAND’ LEBIH, SEKEJAP PUN JADILAH!

Tak ada ibu yang tak sayang pada anaknya. Namun, ini tidak bermakna anda tak berhak untuk berenggang dengan mereka sekali-sekala.
Bukan nak demand pergi holiday ke luar negara, dapat window shopping atau pergi makan dengan kawan sejam dua pun jadilah.
Kesihatan mental ibu amat penting kerana ia akan mempengaruhi seluruh isi rumah. Sekembali nanti, ibu pasti lebih bersedia untuk menceriakan dan memberikan yang terbaik untuk seisi keluarga!

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian Backpack Ke Hatyai Naik ETS Bersama Anak-Anak Dengan Bajet RM 1,600 Je!

10 ‘Port’ Sarapan Paling ‘Famous’ Di Melaka. Serius Sedap & Berbaloi!