Itinerari Lengkap ‘Percutian Halal’ Kami Ke Hong Kong Selama 4 Hari 3 Malam
Kalau sebut sahaja negara Hong Kong pasti ada di antara korang yang akan terbayang keseronokan berada di Disneyland. Namun, ramai juga sebenarnya tak tahu bahawa negara metropolitan ini mempunyai banyak lagi tarikan menarik yang tak kurang hebatnya. Paling menyedihkan, ramai beranggapan Hong Kong sebuah negara yang tidak mesra dengan pengunjung muslim. Sebenarnya korang silap besar tau! Baru-baru ini kami diberi peluang untuk mengikuti trip ke Hong Kong bersama Hong Kong Tourism Board (HKTB) selama 4 hari 3 malam. Paling best, pihak HKTB bakal membawa kami jelajah kota HK seperti penduduk tempatan. Yeah! Media Mega Family ke Hong Kong Family media dari Malaysia di Disneyland Untuk trip kali ini, pihak HKTB telah membawa seramai 10 orang media dari Malaysia termasuk kami dari Sirap Limau. Yang penting, segalanya ditanggung penuh oleh pihak HKTB. Terima kasih HKTB! Sebelum berangkat, pihak HKTB telah memberikan kami jadual perjalanan sepanjang berada ...