Posts

AMALAN ELAK REZEKI TERSEKAT.. #VCS By Annona

Salam & Morning! Nak sedekah ilmu pagi ni. Terasa rugi pula kalau tak di kongsi. Mudah-mudahan ada juga pahala mengalir buat saya. Ini adalah sedikit amalan-amalan yang saya selalu buat untuk elak rezeki tersekat. Usahakan untuk solat TEPAT waktu. Bukan di akhir waktu. Selepas Dhuha, berpagi-pagianlah dengan mengeluarkan SEDEKAH terlebih dahulu (beri). Kemudian, baru mula urusan bayaran yang lain seperti bil, atau hutang. Doa buat kedua ibubapa serta sedekah Al-Fatihah agar pintu rahmat di buka seluas-luasnya buat kita. Baca Doa Pembuka 12 pintu setiap pagi : “ Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.” Baca Al-Waqiah setiap hari. Baca Surah Al-Ikhlas 3x setiap selesai solat. Solat Istikharah sebelum tidur untuk cari jawapan kepada apa...

Jeragat dari Keturunan? Mitos & Fakta #Skinvalet Medispa

Image
“ JERAGAT KETURUNAN, BETUL KE?” Terdapat banyak persoalan mengenai sama ada pigmentasi ini keturunan atau tidak. Sesetengah dari anda yang ade jeragat mungkin tertanya tentang kemungkinan anak-anak anda juga berakhir dengannya. Di harap perkongsian pendek ini mampu berikan sedikit maklumat tentang isu pigmentasi genetik dan memberikan jawapan yang berguna untuk anda. Pigmentasi kulit pada asalnya disebabkan oleh sinar UV dari matahari. Secara semualjadi, kulit mampu menahan sinar UV, tetapi apabila kita semakin tua, imuniti badan akan berkurang dan faktor ini menjadikan kulit terkesan akibat bertahun tahun terdedah kepada matahari. Apabila ini berlaku, matahari akan menyebabkan mutasi genetik yang bertanggungjawab untuk pembentukan pigmen kulit yang dinamakan “melanin”. Mutasi genetik ini juga boleh berlaku pada anda yang berkulit cerah kerana pengurangan kandungan melanin pada kulit tersebut. Mutasi genetik yang dialami oleh individu tersebut boleh disebarkan kepada anak-an...

Itinerari Lengkap ‘Percutian Halal’ Kami Ke Hong Kong Selama 4 Hari 3 Malam

Image
Kalau sebut sahaja negara Hong Kong pasti ada di antara korang yang akan terbayang keseronokan berada di Disneyland. Namun, ramai juga sebenarnya tak tahu bahawa negara metropolitan ini mempunyai banyak lagi tarikan menarik yang tak kurang hebatnya. Paling menyedihkan, ramai beranggapan Hong Kong sebuah negara yang tidak mesra dengan pengunjung muslim. Sebenarnya korang silap besar tau! Baru-baru ini kami diberi peluang untuk mengikuti trip ke Hong Kong bersama Hong Kong Tourism Board (HKTB) selama 4 hari 3 malam. Paling best, pihak HKTB bakal membawa kami jelajah kota HK seperti penduduk tempatan. Yeah! Media Mega Family ke Hong Kong Family media dari Malaysia di Disneyland Untuk trip kali ini, pihak HKTB telah membawa seramai 10 orang media dari Malaysia termasuk kami dari Sirap Limau. Yang penting, segalanya ditanggung penuh oleh pihak HKTB. Terima kasih HKTB!   Sebelum berangkat, pihak HKTB telah memberikan kami jadual perjalanan sepanjang berada ...

Pengalaman Bercuti Ke Langkawi Naik ETS Bawa Anak Kecil. Seronok & Cukup Selesa

Image
Menjelang cuti akhir tahun ni, mesti ramai yang nak rancang percutian dengan keluarga. Bagi yang ada anak, terutamanya yang masih kecil tu, kadang-kadang fikir banyak kali nak pergi bercuti ni kan? Sebabnya, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan terutamanya keselesaan mereka. Dibuatnya kalau meragam sepanjang perjalanan, rasa tak seronok pula dan hilanglah  mood  untuk bersantai. Dalam segmen percutian ini, kami berbesar hati kerana Puan Hidayah Ismail sudi berkongsikan pengalaman beliau bercuti ke Langkawi dengan anaknya, Harraz. Yang menariknya, mereka sekeluarga menaiki ETS (Electric Train Service) iaitu perkhidmatan tren laju dari Sungai Buloh. Memang mudah dan seronok. Mari ikuti perjalanan mereka dan beberapa tips berguna bagi anda yang bercadang untuk ke Langkawi bersama anak-anak. PENGALAMAN BERCUTI KE LANGKAWI NAIK ETS BAWA ANAK KECIL. SERONOK & CUKUP SELESA Ini sebenarnya kali kedua kami berjalan-jalan ke Langkawi naik ETS. E...